
Senarai kes Maut kemalangan Forklift di Malaysia
Berikut dikongsikan senarai kes kemalangan forklift yang berlaku di Malaysia. yang majoritinya mengakibatkan kematian. Lihat apa penyebab utamanya. Kebanyakkannya disebabkan forklift terbalik.
Kegagalan pemandu mengetahui forklift adalah suatu jentera yang mudah terbalik antara penyebab ramai yang menjadi mangsa. Latihan pemanduan selamat (safe handling forklift truck) amat penting demi menyelamatkan nyawa anda.
Senarai kes maut kemalangan forklift di Malaysia.
09-09-2014 - Tapak bina, Pulau Pinang : Forklift yang dipandu hilang keseimbangan menyebabkan ia terbalik dan menghempap mangsa
02-11-2014 - Bilik sejuk, Selangor : Mangsa dilanggar dan digilis oleh forklift yang sedang mengundur
30-01-2015 - Stor, Pulau Pinang : Mangsa ditemui sudah tertiarap dan forklift yang terbalik
17-12-2015 - Tapak kuari, Sabah : Semasa menuruni bukit dan secara tiba-tiba forklift tergelincir dan terbalik. Mangsa tersepit dibawah forklift.
14-05-2016 - Pelabuhan, Johor : Tayar belakang forklift tergelincir dari ramp menyebabkan ia terbalik. Mangsa melompat keluar namun forklift jatuh menimpa mangsa.
23-04-2016 - Kilang, Sarawak : Mangsa dilanggar oleh forklift semasa sedang berjalan di kawasan kilang
10-02-2017 - Kilang, Sarawak : Forklift yang dipandu mangsa terbalik semasa sedang membuat pusingan U. Forklift tersebut telah menghempap mangsa
15-02-2017 - Simpanan gas, Sarawak : Mangsa merupakan pelanggan maut dilanggar oleh forklift. Mangsa pada ketika kejadian sedang menunggu silinder gas untuk dipindahkan ke atas lori mangsa.
Sumber : Laman web JKKP Malaysia
